Search
  • tresso

APA ITU CONTENT?

Updated: Sep 6, 2019



"Content kena power baru orang tengok."

"Macam mana nak buat content power?"


Bagi yang baru nak berjinak-jinak jadi youtubers, mesti pernah lalui perbualan seperti di atas. Content kena ada tu, ada ni, macam tu, macam ni, dan macam-macam lagilah.


Soalnya, apa itu content?





Secara general, content bermaksud kandungan, atau dalam bahasa video content adalah cerita yang kita nak sampaikan melalui visual.


Tapi, macam nak buat content yang power?


Sebenarnya, tiada formula tepat yang boleh menerangkan bagaimana untuk hasilkan content yang bagus. Sebab content ni subjektif; ada yang akan suka, ada yang akan menyampah. Tapi itu tak bermakna kita tidak boleh buat content yang baik. Asalkan kita tahu apa yang perlu ada dalam setiap content.


So, apa yang kena ada dalam content?


Menurut Business Dictionary, content melibatkan informasi dan komunikasi. Dalam ertikata lain, content yang dihasilkan mestilah mempunyai informasi yang segar, relevan dan jelas. Manakala komunikasi perlulah dipersembahkan dalam bentuk yang menarik supaya intipati mesej yang cuba disampaikan dapat meninggalkan kesan kepada audiens.


Cuba kita tengok iklan atau filem pendek dari Thailand. Kebanyakan mempunyai content yang bagus kerana informasi yang disampaikan jelas samada mengenai cinta, persahabatan, pengorbanan dan sebagainya. Pada masa yang sama mereka bijak berkomunikasi dengan audiens melalui emosi atau kata-kata sehinggakan kita yang tengok pun dapat "rasa".


Tapi apa yang buat iklan atau filem pendek dari Thailand lain dari yang lain adalah production value-nya yang nampak mahal. Dan bila bercakap pasal production value macam tu, sudah pasti kosnya tinggi.


Tapi ini tak bermaksud untuk hasilkan content yang bagus perlu belanja lebih.





Kalau kita tengok pada hari ini, banyak je video-video viral di luar sana yang merapu tapi mendapat tempat di hati netizen. Kerana apa? Kerana mereka mempunyai informasi dan komunikasi yang jelas dalam content mereka.


Tak kisahlah kalau content itu tak ilmiah ke, tak menyuburkan minda ke, the point is - mesej mereka sampai kepada audiens.


Sebenarnya banyak je tips-tips lain yang mesti diambil kira dalam menghasilkan content yang bagus. Tapi buat masa ni, why not perkasakan dahulu informasi dan komunikasi dalam content.


Slowly but surely, content yang dibuat akan menjadi lebih baik.







51 views